Bunyi macam pelik tapi dengar la rintihan gua pasal cerita ni. Semestinya gambar diatas bukan family gua. Picture tu dari google image. Pada suatu hari, minggu or bulan, terpulang pada keinginan korang. Adek aku bersiap-siap untuk ke sekolah pada hari pertama sekolah bersama baju baru, beg baru, kasut baru dan seluar dalam baru. Eh, adek gua itu lelaki dan darjah 5 sekolah rendah.
Tiba-tiba, mak gua letak RM50 dalam seluar dalam adek gua untuk dibuat bayaran yuran sekolah untuk tahun baru. Mak gua tak dapat hantar adek gua ke sekolah dan adek gua pergi sekolah sorang-sorang. Eh, nape gua yang tak hantar adek gua? Lupakan.
Adek balik sekolah dengan muka happy macam baru menang loteri dan dia berkata:
"assalamualaikum...mak..makk"
"abang samseng paw adek tadi"
Aku menjadi pelik bin ajaib:
"Muka ngko happy je kena paw? Biar betol ngko ni?"
"ce citer, ce citer"
Pagi tadi masa adek dalam perjalan ke sekolah, ada 3 orang abang-abang yang bajet hensem mintak duet dengan adek. Diorang dengan muka marah-marah tanya adek ada duet ke tak. Adek cakap la ada, siap bagitahu lagi ada RM50 dalam seluar dalam adek. Lepas tu, ada salah sorang dari mreka marah-marah dengan muka yang sangat bengis macam gambar bawah.
Samseng: "Hey budak, ngko jangan main-main dengan kami. Baek cakap betul-betul"
Adek: "Lorh abang ni, orang bagitahu yang betul pom nak marah-marah"
Samseng: "Nape ngko tak takot? sedangkan kami datang nak paw ngko ni! "
Adek bagi ceramah kat diorang:
"Abang, abang tidak tahu ke orang yang macam saya sedang menuntut atau mengejar ilmu itu seperti sedang berjalan menuju ke syurga kerana sentiasa disertai oleh malaikat yang sedia menolongnya. Saya bercita-cita sangat menjadi seorang yang beriman lagi berilmu."
"Saya adalah keturunan Rasulullah s.a.w dan saya benci sangat bercakap bohong. Apalah ertinya wang RM50 pada saya ini, hingga saya terpaksa berbohong? Seorang Islam yang sejati tidak akan sesekali berbohong sekalipun dalam bahaya dan kesulitan!"
"Benar bang! Saya tidak suka dan tidak pernah bercakap bohong kerana saya seorang Islam. Inilah ajaran ibu saya semenjak saya pandai bercakap lagi. Apalah erti wang RM50 bagi saya ini hingga saya terpaksa berbohong."
"Dan apalah gunanya saya hendak bersusah payah mencari ilmu di tempat yang jauh kalau untuk menjadi seorang pembohong! Akan sia-sialah segala amal dan ibadat saya dan akan sia-sialah asuhan dan didikan ibu saya!"
Lalu saya balas adek saya yang penat bercerita bila dia selamat dengan samseng-samseng tu:
"Sebenarnya kan adek, samseng-samseng tadi tu tak ada kena-mngena dengan yang hidup ataupom sudah meninggal termasuk lah adek sendiri dan emak adek tadi tu"
Siapa sebenarnya samseng-samseng tadi? Nantikan episode 2.
p/s: cerita ini adalah kisah tauladan Sheikh Abdul Kadir yang ditahan oleh sekumpulan penyamun yang ingin mengambil wangnya sebanyak 40 ashrafis didalam bajunya. Dengan sifat kejujuran Sheikh dan bercakap benar. Dia dilepaskan oleh penyamun.
Sponsor By