Korang ingat tak kisah tragedies yang berlaku kat samseng pada episode yang lepas? (eps.3). Baru-baru ini, aku dapat tahu yang samseng tu mati semasa berada di asrama kolej. Dia dikatakan mati disebabkan rokok rakan biliknya.
"Eh, bia betul?"
"ce citer, ce citer"
Ceritanya macam ni. Lepas dia keluar dari geng samsengnya itu (eps.2). Dia mohon belajar di sebuah kolej. Dia bernasib baek dan dapat melanjutkan pelajaran di kolej itu. dia akan pulang ke-rumah 3 kali sehari untuk melawat ibu-bapanya yang sakit itu (eps.3). Malangnya, roommate dia tu seorang penghisap rokok yang tegar. Boleh dikatakan setiap hari dan setiap masa dia hisap rokok.
Mula-mula, arwah tegur kawan dia ni supaya jangan hisap rokok dalam bilik sebab dia rasa macam tak enak. So, kawan dia ni makan lagi dengan kata-kata arwah. Then, dia pergi hisap rokok kat luar. Tapi tak sampai seminggu hisap kat luar bilik. Hari seterusnya, dia hisap rokok dalam bilik sebab tak sempat nak reply chat di Facebook.
Tiba-tiba. Pada suatu malam selepas arwah menunaikan solat, arwah terjatuh dan nafasnya tersekat-sekat macam orang sesak nafas. Arwah sempat bagitahu roommatenya supaya ambil inhalernya dalam laci meja. Malangnya, roommate dia tak jumpa inhaler tapi terjumpe sekeping surat dari doktor yang menyatakan arwah ini mempunyai:
Kawan dia sangat terkejut melihat surat ini dan dia terus ke arwah untuk melihat keaadaanya. Tapi nasib tidak menyebelahi mereka kerana arwah telah meninggal pada masa itu juga. Sejak dari itu, kawan arwah telah mula insaf dan tak akan merokok lagi.
Kawan arwah merasakan dirinya adalah pembunuh kerana disebabkan asap rokoknya, kawannya telah mati. Kawan arwah sentiasa menangis bila dia melihat rakan-rakan lain still hisap rokok kerana dia akan sentiasa ingat pada roommatenya itu.
Kawan arwah selalu berkata:
"cerita ini tak ada kena-mngena dengan yang hidup ataupom sudah mati. Hanya bertujuan memberi sedikit nasihat dan teladan"
Sponsor By