Saturday, May 28, 2011




Blog baru -----> trigyy [dot] com


Siti Nurhaliza setai Askar Wataniah








Assalamualaikum~ aku tak tahu la cerita ni dah lapuk dikunyah oleh zaman atau tidak, tapi aku baru dapat tahu sebab baru lepas tengok video maharaja lawak minggu 9. perasan tak, sharifah a.k.a pasangan nabil ada cakap, siti join askar wataniah.

eh, kalau nak tahu berita penuh. sila baca ni. sari berita utama. tek tek tek.

statement siti

“Saya memang berminat menyertai Rejimen Askar Wataniah (RAW) kerana suka aktiviti lasak. Ini juga satu tanggungjawab saya kepada negara.

Saya juga memang sudah bersedia dan tiada masalah mengikuti latihan kelak,”.

Siti mendapat dorongan suami tersayang, Datuk Seri Khalid Muhd Jiwa yang memahami minatnya, dia turut berharap lebih ramai golongan belia dan wanita menjadi sukarelawan.

“Belia dan wanita di negara ini perlu menyertai RAW untuk berlatih mempertahankan diri. Malah, ia juga satu aktiviti yang sihat,”

“Saya pernah bercita-cita menjadi anggota polis suatu ketika dulu. Jadi, dapat RAW pun sudah kira bagus kerana latihannya agak lasak dan sama seperti polis,” - Harian Metro -








Sunday, May 22, 2011




Blog baru -----> trigyy [dot] com


adik aku jual burung dia (eps.6)








"abang, adek dah jual burung adek tu" dgn muka yg hepi dan berlagak.

"uih, ko ni bia betul? maksudnya ko dah potong la tu?" muka aku yg terkejut.

"yela, ni 50 hinggit adek dapat. hehhe. abang la, adek mintak dua hinggit nak beli asikrim pom tak nak kasi. so, adek jual la burung adek tu."

"ikot suke ko la, burung ko. bukan burung aku" dengan gaya malas nak layan kerenah seorang adek.


Assalamualaikum korang~ ni la gaya seorang adek yang bermasalah. alaaaa, adek aku dalam episode satu tu, yang mak aku letak 50 hinggit dalam seluar dia tu, ingat tak?

apa la kejadah adek aku ni. sanggup jual burung dia semata-semata nak makan aiskrim. then, aku tanya la kisah macam mana adek aku tu dapat duit. So, dia cerita laaaaa..

gambar google

lepas solat asar tadi, adek pergi la belakang rumah kita tu. adek nak tengok jerat burung yang adek buat tu. adek tengok, ada sekor burung terkena jerat tu. entah la burung apa, sebab adek tak belajar lagi sains darjah 4. adek kan baru darjah satu. hihihi.

Adek potong la tali jerat tu. tapi kan, burung tu tak henti-henti bebunyi macam sorang budak menangis. alah abang ni, buat muka tak faham pulak. macam adek selalu nangis tu la. ish abang ni.

tetiba, datang sorang pemuda. dia cakap dia nak beli burung tu dengan adek. adek dah la tak kenal dia. sebenarnya adek takot jadi macam kisah kita dalam episode satu tu.. huhu.

tapi, tanpa fikir panjang, adek jual je burung tu kat dia. then, dia bagi 50 hinggit kat adek. adek heppi la sebab ada sorang pemuda yang lebih baik dari abang.

eh, eh. adek gurau je bang. hihihi. itu la kisahnya bang. puas hati?

tapi kan bang, dia lepas balik burung tadi. masa tu dia dah ada jauh dengan adek, adek tengok je la. kenapa ea bang?

gambar google
Sebenarnya, kisah seorang pemuda membeli seekor burung dengan seorang kanak-kanak dan melepaskan balik burung tu adalah kisah Umar Al-Khatab [Amirul Mukminin]. Cerita penuh Umar dengan seekor burung.


semua episode available HERE








Related Posts with Thumbnails