Friday, September 23, 2011




Blog baru -----> trigyy [dot] com


Pasar Malam Bangi Seksyen 7





Assalamualaikum~ semalam ke pasar malam di bangi seksyen 7. ada dua benda yang menarik untuk dikongsikan.



Pertama

- penjual menarik perhatian customer dengan sebuah pantun

malu bertanya sesat jalan,
malu belanja perut kelaparan,

mari beli mari beli




Kedua 


- perbualan antara ibu dan anak di gerai tudung


anak: ibu, nak beli tudung...
ibu: tak payah, ko tu pakai tudung 5 minit jer. lepas tu buang

aku: erkkk????





Thursday, September 22, 2011




Blog baru -----> trigyy [dot] com


Broadband Maxis atau Celcom





Assalamualaikum~ kad bank BSN yang tidak kesampaian untuk dilaksanakan kelmarin telah dilaksanakan semalam. entri tentang kad BSN.


sejurus kami keluar dari bank BSN, kami melangkah ke arah mcDonald untuk melepaskan nafsu keatas mcValue Lunch.


sebelum sampai di mcDonald, kami melepasi sebuah lagi bank disitu iaitu Public Bank. ada beberapa promoter broadband maxis disitu.


kami terus berjalan di hadapan mereka. tetapi, salah seorang dari mereka menegur kami.


promoter: haaa, cik dua boleh singgah sini kejap

aku: dah ada, dah ada          - dengan niat untuk melepaskan diri

promoter: alaaaaa

aku: dah ada, CELCOM!!

promoter: grrrrrr....


hehehehe. sorry kepada sesiapa yang pernah jadi promoter-promoter ni. tak ada niat nak sakitkan hati, tapi just nak bergurau..


p/s: tak pakai broadband pape pom...





Tuesday, September 20, 2011




Blog baru -----> trigyy [dot] com


apa perlu dibawa untuk buat kad BSN yang baru





semalam.

kwn aku: jom teman saya buat kad bank BSN. saya punya kena curi la..
aku: oke..



Di Hadapan BSN

sampai dihadapan pintu BSN, aku menolak pintu kaca itu yang ada tertera word "push". kami melangkah masuk kedalam BSN sambil memerhati bilangan orang ramai yang sedang menunggu giliran mereka.



Dalam BSN

setelah masuk dalam BSN, mata kami meneliti setiap penjuru dalam BSN untuk mencari mesin nombor giliran. dari jauh, kami nampak mesin tu dan terus kearahnya.


kami melihat ada satu button diatas mesin tu yang tertulis 'A'. kami menekan button itu dengan harapan nombo giliran kami akan keluar.

treet, treet - sekeping kertas putih keluar dari mesin itu.



sedang menunggu giliran, aku tergerak hati untuk bertanyakan pegawai disitu terlebih dahulu sebelum giliran kami tiba.


kami lihat ada seorang pegawai dihujung sana yang keseorangan tanpa pelanggan. kami terus kearah dia dan bertanyakan hasrat kami..


aku: bang, kad dia hilang. kalau nak buat baru, kena isi borang pape tak?
pegawai: emmm, buku bank bawak?
aku: awak, buku bank ada bawak? 
kawan: tak, ada kat rumah.. - kami melihat kearah pegawai dengan muka kesian
pegawai: buku kena bawak. itu syarat kami..



ok, sekian. kalau nak buat kad bank BSN yang baru yang disebabkan hilang atau dicuri, buku bank jangan lupa dibawa.









Related Posts with Thumbnails