Assalamualaikum~ bulan Ramadhan yang penuh berkat ini akan lebih diberkati jika dihiasi dengan mengamalkan amar makruf dan nahi mungkar. memperbanyakkan lagi ibadah dengan zikir kepada Allah dan Selawat keatas Nabi.
Satu malam dalam bulan Ramadhan yang sangat indah iaitu malam lailatul Qadar. Malam Lailatul Qadar akan berlaku pada salah satu malam-malam yang ganjil di 10 malam terakhir Ramadhan.
Petua Imam Ghazali
Petua Imam Ghazali dan Ulama dalam menentukan malam Lailatul Qadar:
Jika awal ramadhan jatuh pada hari:
I) Ahad atau rabu malam qadar dijangka berlaku pada malam 29 ramadhan
II) Isnin - malam qadar dijangka berlaku pada malam 21 ramadhan;
III) Selasa atau jumaat - malam qadar dijangka berlaku pada malam 27 ramadhan;
IV) Khamis- malam qadar dijangka berlaku pada malam 25 ramadhan;
V) Sabtu- malam qadar dijangka berlaku pada malam 23 ramadhan
sumber
Tanda-Tanda Malam Lailatul Qadar
1) Malam itu tenang, tidak dingin dan tidak panas;
2) Siangnya cahaya matahari warnanya pucat;
3) Pada malam itu malaikat jibril akan menyalami orang yang beribadat
sumber:
a. Pada malamnya keadaan bersih dengan cuaca tidak sejuk dan tidak pula panas.
b. Malamnya tenang yang mana terang dan angin tidak bertiup sebagaimana biasa dan awan agak nipis.
c. Malamnya tidak turun hujan dan bintang pula tidak bercahaya seolah-olah tidak timbul.
d. Pada siangnya pula matahari terbit dalam keadaan suram.
sumber
Kelebihan Malam Lailatul Qadar
Rasulullah S.A.W telah bersabda dalam hadis muttafaq 'alaih daripada Abu Hurairah yang artinya :
"Sesiapa yang menghidupkan malam lailatul qadar penuh keimanan dan keikhlasan akan diampun baginya dosa yang telah lalu."
sumber