Sekurang-kurangnya 158 orang dikhuatiri terbunuh apabila sebuah pesawat Boeing 737-800 milik syarikat penerbangan tambang murah Air India Express terhempas dekat bandar raya Mangalore di negeri Karnataka.
jana wang cara adsense dengan betul |
- Nahas terburuk di India dalam tempoh sedekad itu berlaku apabila pesawat yang membawa 160 orang penumpang dan enam anak kapal terbabas di hujung landasan ketika mendarat di sebuah lapangan terbang di selatan negara tersebut.
- Ia merupakan kemalangan udara kedua terbesar di India sejak tahun 1996 apabila pesawat Kazakhstan Airlines bertembung di udara dengan Saudi Airlines dekat ibu negara New Delhi yang mengorbankan semua 349 orang penumpang dan anak kapal.