Seorang bapa di China mengadakan lelongan hamba zaman moden selepas dia merantai anak lelakinya di sebatang tiang lampu dan mengambil bidaan daripada beberapa orang yang tidak dikenali di Wuhan.
- Akibat kemiskinan, bapa tersebut, Yong Tsui mahu melepaskan tanggungjawab memelihara anaknya yang berusia lapan tahun itu dengan menjualnya.
- Dia meletakkan sebuah meja kecil lengkap dengan dengan sekeping kertas yang menyatakan umur, nama dan keupayaan kanak-kanak itu untuk melakukan kerja berat.
- Kejadian yang berlaku di tengah China itu menyebabkan sekumpulan lelaki naik berang dan memukulnya.
- Budak itu yang dikenali sebagai Fai, kemudian diletakkan di bawah jagaan polis.
- Bapa budak itu memberitahu polis bahawa ibu anaknya itu mati tiga tahun lalu dan dia tidak mampu untuk membesarkannya.