Seekor kucing masih hidup walaupun kepalanya ditusuk dengan paku di bandar sioux, AS. Kucing yang tertusuk paku di kepalanya itu merayau-rayau semasa ia ditemui oleh anggota-anggota sebuah agensi kawalan haiwan selepas mereka mendapat maklumat mengenainya.
- Paku itu mungkin ditembak dengan pistol paku oleh seorang individu.
- Seorang doktor berjaya menarik keluar paku sepanjang 7.62 sentimeter itu di sebuah klinik haiwan.