Seorang kerani bank yang merupakan individu pertama disabitkan kesalahan menggunakan aplikasi lucah melalui Internet bagi tujuan komersial didenda RM30,000 atau enam bulan penjara jika gagal membayar denda itu oleh Mahkamah Sesyen.
- Hakim Slamat Yahya menjatuhkan hukuman itu terhadap Tajulzairi Tajuddin, 31, setelah dia mengaku bersalah terhadap pertuduhan menggunakan perkhidmatan aplikasi Internet dengan alamat IP 112.137.162.108 di laman webhttp://www.wanitamelayu2.com/login dengan memberikan komunikasi lucah bagi maksud komersial.
- Tajulzairi yang merupakan individu pertama didakwa mengikut akta itu telah mengaut keuntungan secara haram dengan menyalahgunakan Internet untuk membekalkan perisian lucah bagi tujuan komersial atau dijual.