Friday, September 16, 2011




Blog baru -----> trigyy [dot] com


besarnya lubang





Assalamualaikum~

dari jauh aku menghampiri satu traffic light di satu simpang. aku melihat lampu yang bebentuk bulat itu masih berwarna merah, aku membuat keputusan untuk berhenti. 



sebaik sahaja aku menghampiri garisan putih, tangan kiri aku automatiknya menarik brek sebelah kiri dan motor aku berhenti, dan kaki kananku diletakkan atas jalan raya untuk dijadikan sebagai tongkak.


1 minit.....


lampu berbentuk bulat tadi telah bertukar warna kepada warna hijau, aku terus memulakan perjalananku. dari jauh aku nampak sebuah kereta toyota unser dihadapanku.



aku menghampiri dan mengekori rapat kereta tadi. aku berada betul-betul dibelakang kereta tadi dengan jarak 1 meter setengah.



hampir 100 meter aku mengekori kereta tadi dengan jarak yang sama di antara kami. aku melihat jarum merah pada meter motorku berada pada kedudukan 70km/j.



selepas 100 meter, tiba-tiba, aku ternampak satu lubang yang sangat besar diatas jalan raya yang baru sahaja dilepasi oleh kereta dihadapanku..



arghhhhhhhhh.... dum dum dum dum



emmm, aku still selamat. aku still dapat teruskan perjalanan tanpa menbaringkan badan aku diatas jalan raya itu.




p/s: motor aku macam dah problem je..huhu.. nasihat aku, jalan folo kenderaan dihadapan anda dengan jarak yang dekat. BAHAYA!! 





Comments
12 Comments
Related Posts with Thumbnails