Pada suatu hari, satu minggu or bulan pom boleh. Gua jalan-jalan dengan adek gua di jambatan parit dari Sogo to KTM Bank Negara. Maklum lah kan, YES di sogo, siapa tak taw. Gua pusing punya pusing dalam sogo tu, tak beli pape jugak..hahaha. Adek gua dah merajuk dengan gua sebab tak belikan or lain kata belanja kat dia. Sudah ! Masak gua macam ni. Eh, adek gua tu umur 20 tahun dan wanita.
So, kami jalan balik menuju ke arah KTM Bank Negara melalui jambatan sunyi itu. Disebabkan adek gua dah merajuk, so dia jalan kat belakang gua sorang-sorang. Merajuk la katakan. Tiba-tiba, sambil gua meneruskan perjalanan guna dua belah kaki ke KTM, gua dah tak dengar bunyi tapak kaki adek gua yang tadinya ada dibelakang gua.
"So, ape cer ngn adek u?"
"ce citer, ce citer"
Oh! Dengan mimik muka yang pelik dan kening angkat sebelah macam gaya Ziana Zain. Macam budak ni la kot.
Gua pusing belakang tengok adek gua dah kena pegang dengan seorang makcik tua. Dari jauh gua dapat tengok adek gua dengan muka sedih dan takot sambil melambai-lambai memanggil gua dengan tangan. Tapi kenapa dia tak panggil dengan mulut je. huuhu.. takpa.
Dengan larian seperti hero menyelamatkan heroin yang dalam kesusahan.
Dalam perjalanan gua nak sampai kat makcik dengan adek gua, gua sempat tengak muka makcik itu. Dia tengak gua, then adek gua, then gua lagi, then adek gua lagi. Maybe 3 putaran lengkap dengan frequency 40Hz gerakan muka dia itu.
Tiga langkah lagi larian gua yang tak berapa laju tu nak sampai kat makcik tadi, tapi makcik itu dah melepaskan tangan adek gua dan dia melarikan diri dengan hanya berjalan. Saya pom stop kat adek gua dan just tengak makcik tu pergi begitu je. Oh! nape aku tak kejar? Takpa la, asalkan adek aku selamat.
Aku tanya adek aku, ape makcik tu buat. Then adek aku bagitahu aku.
"Makcik tadi marah adek dengan suara garang-garang."
Makcik tu cakap:
"Makcik tengok muka korang sama, mesti adek-bradek kan? Nape jalan jaoh-jaoh? Abg ngko tu dah tak sayang adek sendiri ker? kalau ngko jadi pape? Sape nak jawab? abg ngko jugak kan? "
"Tu abg ngko datang, nanti bagitahu dia yang kita ni mesti kasih pada yang muda, nak-nak adek sendiri"
"Jangan gaduh-gaduh, tak baik. Makcik pergi dulu"
Dengan muka yang pelik, aku pom berkata:
"apa yang aku ceritakan dari atas sampai bawah takda kena-mngena dengan siapa-siapa, mahu yang hidup ataupom yang mati. Pesanan ringkas ni adalah dari Mak dan Ayah korang sendiri dimana abang dan akak mesti jaga adek mereka"
Ok! Done!
Sponsor By