Thursday, May 6, 2010




Blog baru -----> trigyy [dot] com


.: gelisah lihat darah di tingkap :.





Seorang suami hanya mampu tergamam tatkala memangku tubuh isteri yang berlumuran darah dalam keadaan muka, leher dan dada parah akibat ditetak penyamun yang menceroboh masuk ke rumahnya.
Dalam kejadian samun antara jam 7 hingga 9 malam kelmarin, mangsa yang juga seorang peniaga kedai runcit, Isnati Sahid, 58, ditemui terbujur kaku oleh suaminya, Suratman Sulaiman, 62, dalam bilik tidur di rumah mereka di Pangsapuri Intan, Ampang Permai di sini, sebaik pulang dari masjid berhampiran.

cerita suratman(suami mangsa):

“Saya ketika itu baru pulang dari masjid kerana bertugas sebagai bilal kira-kira jam 9 malam. Namun, sebaik meletakkan motosikal di hadapan rumah, saya terkejut apabila mendapati percikan darah melekat pada cermin tingkap bilik tidur.

“Firasat buruk yang berlegar di kepala ketika itu akhirnya terbukti apabila saya menemui isteri terbaring dalam keadaan berlumuran darah di atas katil sebaik meluru ke bilik tidur,” katanya.

Menurutnya, dia tergamam sebelum memangku isterinya yang ketika itu sudah tidak bernyawa. “Saya hanya mampu mengesat darah pekat pada mukanya sebelum melihat bahagian itu mempunyai kesan luka terbelah akibat ditetak.

“Malah, kesan luka dalam turut ditemui pada leher dan dadanya. Saya juga sempat melihat kedua-dua tangannya cedera ditetak selain jari tangannya hampir lumat dipercayai akibat tetakan gila penjenayah,” katanya.
iklan[ mencari agen topup ]
Malah, semua cincin, rantai dan gelang tangan dipakai isterinya lesap selain beg pinggang serta wang jualan yang disimpan dalam laci hilang.

“Saya hilang kata-kata dan hanya mampu mendukungnya. Saya meminta bantuan jiran membawanya ke Hospital Ampang dengan menaiki van,” katanya.

Menurutnya, kejadian itu meluluhkan hati kerana isterinya yang lebih dikenali dengan panggilan Mak Haji amat lemah-lembut dan pandai mengambil hati.

“Malah, beberapa hari sebelum kejadian ini, arwah kerap memicit dan menggosok badan saya setiap kali sebelum tidur. Dia sering bertanya sama ada saya sihat atau sebaliknya berikutan saya kerap demam kebelakangan ini.

“Tapi, Tuhan memanggilnya terlebih dahulu. Susah untuk terima cara kematiannya, namun semua ini sudah ditakdirkan,” katanya.

Menurutnya, dia dan isteri baru pulang daripada menunaikan umrah seminggu lalu selepas beberapa kali menunaikan ibadat sama sebelum ini.

“Penjenayah mungkin menyedari isteri saya bersendirian di rumah kerana sebelum ini Mak Haji ditemani seorang pembantu kedai wanita warga Indonesia.

“Namun, wanita terbabit ditahan imigresen baru-baru ini ketika kami menunaikan umrah menyebabkan isteri terpaksa bersendirian di rumah ketika ketiadaan saya,” katanya ketika ditemui di Surau At-Taqwa berhampiran Pangsapuri Intan, bagi menguruskan jenazah isterinya.
iklan[ dapatkan tudung menawan disini ]





Comments
0 Comments

0 kritikan:

Related Posts with Thumbnails

:: Latest Post ::