Monday, May 3, 2010




Blog baru -----> trigyy [dot] com


.: conan mengubah hidup seseorang :.





assalamualaikum...
bunyi mcm pelik je kan,
tp ianya benar-benar berlaku di pahang,
iaitu kepada Noor Farah Ezzaty...

farah bersama koleksi conannya..
 percaya atau tidak, ini berita penohnya:


KETIKA kecil, dia dikatakan lambat bercakap dan membaca berbanding kanak-kanak sebaya. Setiap patah perkataan yang diluahkan kurang jelas. Sekiranya inginkan sesuatu, Noor Farah Ezzaty menggunakan bahasa badan atau menunjukkan isyarat.

Namun mencapai usia 9 tahun, Farah semakin petah berbicara. Pertuturannya tidak lagi gagap dan dia boleh membaca mengikut suku kata.

Lebih membanggakan Farah mampu membina ayat standard mengikut nahu bahasa Melayu tanpa bantuan Foziah Abd. Hamid, 40, yang merupakan guru pendidikan khas di Sekolah Menengah Kebangsaan Dusun Nanding, Hulu Langat.

Perubahan besar pada diri Farah adalah ketika umurnya memasuki 10 tahun. Anak kedua dari tiga beradik itu sudah boleh berdikari dan menghafal banyak perbendaharaan kata hasil bimbingan guru dan perbualan harian.
Namun ada rahsia lain di sebalik pencapaian Farah iaitu menonton siri kartun Conan di televisyen. Mungkin ia tidak masuk akal tetapi itu hakikatnya. Farah mengalami proses pembelajaran di situ. Watak Detektif Conan berjaya mengembangkan minda untuk mempelajari segala-galanya termasuk menguruskan dirinya sendiri.

iklan [belajar bisnes internet dengan raja kamil]
 ''Saya terpengaruh dengan apa sahaja yang dilakukan Detektif Conan. Secara fizikalnya dia kecil tetapi cergas dan kaya dengan idea untuk penyelesaian masalah. Jalan ceritanya juga bukan sahaja mengarah kepada watak animasi dan khayalan tetapi ia mempunyai pengisian tersendiri.

''Sebab itu, saya meminta ibu membelikan komik sebab tidak puas sekadar menonton di televisyen. Saya boleh baca komik berulang-ulang tidak kira di mana tempat dan masa,'' katanya.

Dari situ timbul minat gadis berusia 19 tahun itu untuk mengumpul komik yang diterbitkan kira-kira tiga bulan sekali. Farah beruntung kerana ibunya sangat memahami kehendaknya. Oleh itu tidak hairanlah dia kini memiliki lebih 100 siri komik.

Itu tidak termasuk koleksi komik Jepun genre percintaan dan kisah kehidupan yang sering menemaninya sebelum beradu atau di hujung minggu. Kesemuanya memberi inspirasi dan pengubat tekanan secara tidak langsung.

Justeru, Farah tidak kisah ada kalangan rakan-rakannya menggelarkannya Puteri Conan. Penuntut Diploma Perbankan, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Jengka Pahang itu tidak marah sebaliknya berterima kasih kepada watak tersebut kerana mengubah hidup menjadi matang.

petikan daripada: Detektif Conan mempengaruhi Farah

iklan [mencari agen topup]





Comments
1 Comments
Related Posts with Thumbnails

:: Latest Post ::