Showing posts with label Cerita Best. Show all posts
Showing posts with label Cerita Best. Show all posts

Friday, September 23, 2011




Blog baru -----> trigyy [dot] com


Pasar Malam Bangi Seksyen 7





Assalamualaikum~ semalam ke pasar malam di bangi seksyen 7. ada dua benda yang menarik untuk dikongsikan.



Pertama

- penjual menarik perhatian customer dengan sebuah pantun

malu bertanya sesat jalan,
malu belanja perut kelaparan,

mari beli mari beli




Kedua 


- perbualan antara ibu dan anak di gerai tudung


anak: ibu, nak beli tudung...
ibu: tak payah, ko tu pakai tudung 5 minit jer. lepas tu buang

aku: erkkk????





Sunday, September 4, 2011




Blog baru -----> trigyy [dot] com


Kencing Manis, Kerat Kaki





gambar kaki kencing manis, potong kaki kencing manis, kencing manis,potong kaki, kaki berulat, kaki kurap


Assalamualaikum~ malam semalam aku tengok tibi tiga atas sofa sambil silang kaki macam bos dengan hanya memakai kain tuala sebagai penutup aurat.



sedang aku memikirkan masa depan M'sia yang membicarakan kes keterangan Mat Sabu, tiba-tiba aku terdengar bunyi hon motorsikal dari luar tingkap rumah aku. 


"peerkk.. peerkkk"  - hon rosak barangkali.


aku meluru ke pintu dengan harapan awek cun yang datang nak beraya walaupom aku hanya dalam keadaan bertuala. aku tersenyum sejurus aku membuka pintu rumah kerana kawan lelaki aku rupanya yang tercegak depan rumah bersama motor EGOnya sambil tersengih sampai nampak gigi kapak.


" jom rumah shimah" - Majid [kawan aku] ajak ke rumah ex-classmate kami masa form three.


" aku siap kejap" - jawab pelawaan tanpa fikir panjang. lupakan kes keterangan Mat Sabu.

gambar mat sabu, mat sabu, gambar mat sabu ketika berceramah, ceramah mat sabu, forum mat sabu, kuliah mat sabu, tazkirah mat sabu, jawatan mat sabu, mat sabu koprat, wajah mat sabu, mat sabu pas

________________________


sampai di luar rumah shimah, kelihatan dua jejaka diatas motor menunggu kehadiran aku dengan majid. kawan lelaki aku yang laen rupanya..


" assalamualaikummmmm " - Majid melontarkan salam dengan suara yang lantang...


" klekek, klekek, klekek" - seperti kedengaran bunyi kunci selak pada pintu dibuka..


" waalaikummussalamm.. masuk, masuk" - shimah menjemput kami dengan nada yang malu.. hehe


kami masuk rumah dan duduk sekeliling meja yang menghidangkan kuih-kuih raya. tanpa segan silu, kami mulakan proses mengunyah kuih-kuih yang terhidang.

kuih raya, bekas kuih raya, gambar kuih raya, gambar bekas kuih raya,kuih raya 2012, gambar kuih raya 2012

_____________________________





Saturday, August 13, 2011




Blog baru -----> trigyy [dot] com


[Best] Gambar Cacing Besar + Panjang + Berak








Cacing : awat hg tengok cheq camtu? tak pernah tengok ker?

Awex : emmm. i pelik.. awat u ni besaq sangat?

Cacing : hg tak taw, mak cheq scandal dengan ular sawa. sbb tu cheq jadi cmneh...

Awex : oooooooo... kiut jugak u ni walaupom besaq..

Cacing : i memang kiut. tapi u mesti tak kiut kalau u berak keluo i. kahkahkah..

Awex : demmmm!!!




p/s : sila jaga pemakanan anda semua.. hehhe





Thursday, August 11, 2011




Blog baru -----> trigyy [dot] com


4 Cerita Menarik berkenaan Facebook [Unbelievable]








Gambar family yang dipaparkan di facebook dicuri dan dibuat iklan. [Czech Republic]. Grazie store in Prague's owner, Mario Bertuccio berkata, dia tak taw pulak gambar tu belongs to a real family... #bolehcayake (sumber)





Update status relationship di facebook pada waktu perkahwinan. sebelum kiss si isteri, si suami Dana Hanna, a Software Developer ambik telephone dan terus update status "Married".. #semangatgila (sumber)





budak 5 tahun diculik telah berjumpa dengan keluarga semula selepas berpisah selama 22 tahun. aku ulang. 22 tahun. sekarang dah beso budok tu... huhuhu.. gambo budok tu masa dia diculik dan gambo beso tu masa sekarang... #menarik (sumber)





pasangan yang mempunyai nama penuh yang sama telah berkahwin setelah mereka bertemu di laman sosial facebook.. yang ni lagi hebat, nama pom nak sama jugak.. #romantik (sumber)









Wednesday, August 10, 2011




Blog baru -----> trigyy [dot] com


petua orang tua nok anak ramai...lallalalla








Assalamualaikum~ lepas terawih tadi, ayah aku jumpe kawan lama dia. dah lama tak jumpe kot. tanya pasal keje, stay mne and pasal anak. aku fokus dengo part anak je.. hehehhe..


ayah aku: berapa orang doh anok mu lening?

kawan dia: nang...

ayah aku: oohh.. rajeng (rajin) mu.. hahahha...

kawan dia: rajeng guane ngat.. gitu rr... doh mu berapa orang ??

ayah aku: aku tujuh... hahhahaha

kawan dia: lagi rajeng dari aku.. hahahak3

ayah aku: anok rama dakpe... (anak ramai takpa...)

kawan dia: betol doh....jangan bini rama sudoh... hahhaha...



p/s: tahniah ujang9897 sebab yanaMIB sudah mengandung sekarang. kalau nok anok rama jugok. kena la rajeng-rajeng k.. hhehhehhe








Tuesday, August 9, 2011




Blog baru -----> trigyy [dot] com


Berbuka dengan Blogger - 8 Ramadhan 1432H








Assalamualaikum~ semalam 8 ramadhan kan.so  nak citer yg cheq berbuka pose dgn blogger semalam. ni lah first time cheq jumpe member-member dari alam maya mukabuku ni.


semalam kami berbuka kat McD kuala terengganu. kalau org TRG taw la kot, McD yang dekat dengan Giant/Mydin tu. blogger yang ada hanya fyjai dgn eyda. tapi eyda bawak dua org kawan tuk temankan dia. ceh, malu la sangat.. keh keh keh.. tapi hafizhafizol ta dapat datang pulak, sebab keje... huhuhu..


kami gather awal jugak la, dalam 6.30 ptg cmtu. so kami lepak-lepak, kenal-kenal dlu. and paling penting. hamek gambo mse meja ksong.... kih kih kih. perkara wajib..


perkenalkan. dari kanan. fyjai, cheq, eyda, kawan eyda 1, and kawan eyda 2. hahhaha.


gambo meja ksong udah ado. sudah tiba waktu berbuka meja penoh... keje nak bergambo jeee. iye la, baru boleh update blog kan. # modal.






korang ni kalu dah tengok gambo bebanyok. memang dah tak nak bace cheq tulis kan. so, cheq just nak bagitaw la kan yang kami makan double GCB. "daging yang digrill, dihimpit dengan roti yg empuk, bersalad hijau" ... perghhh... hamek kau..



bila dah masuk waktu berbuka. kami lantak la GCB tu sampai kenyang. sambil-sambil tu, ngumpat blogger-blogger lain. hahhahhak3.. bukan ngumpat, belajo cara blogger lain berblog.. gittuuuu... dengan harapan boleh jadi bloggerhebad jugak... haaa... gittuuuuu...


bila dah semua perot terbonjol keluo. kami kena la bersurai sebab nak solat pulak. tapi, gambo still tak ckop, tak ckop.... hamek kao dua lagi.. the last two. " Mc Donald's....."











Saturday, July 2, 2011




Blog baru -----> trigyy [dot] com


Auchhh!! Sakit la bang....








Assalamualaikum~ nama dalam cerita ini adalah rekaan yadz semata-mata.

"Malam Pertama"

Amalina: auchhh!! sakit la bang...

Edie: kenapa ni sayang?

Amalina: Jarum ni tajam la.. huhu

Edie: ekkk. mana jarum tu?


korang cari jarum tu? pergi baca entry si yadz ni. tajuk dia "malam pertama". hahhahha. serious kelakar...







Sunday, May 22, 2011




Blog baru -----> trigyy [dot] com


adik aku jual burung dia (eps.6)








"abang, adek dah jual burung adek tu" dgn muka yg hepi dan berlagak.

"uih, ko ni bia betul? maksudnya ko dah potong la tu?" muka aku yg terkejut.

"yela, ni 50 hinggit adek dapat. hehhe. abang la, adek mintak dua hinggit nak beli asikrim pom tak nak kasi. so, adek jual la burung adek tu."

"ikot suke ko la, burung ko. bukan burung aku" dengan gaya malas nak layan kerenah seorang adek.


Assalamualaikum korang~ ni la gaya seorang adek yang bermasalah. alaaaa, adek aku dalam episode satu tu, yang mak aku letak 50 hinggit dalam seluar dia tu, ingat tak?

apa la kejadah adek aku ni. sanggup jual burung dia semata-semata nak makan aiskrim. then, aku tanya la kisah macam mana adek aku tu dapat duit. So, dia cerita laaaaa..

gambar google

lepas solat asar tadi, adek pergi la belakang rumah kita tu. adek nak tengok jerat burung yang adek buat tu. adek tengok, ada sekor burung terkena jerat tu. entah la burung apa, sebab adek tak belajar lagi sains darjah 4. adek kan baru darjah satu. hihihi.

Adek potong la tali jerat tu. tapi kan, burung tu tak henti-henti bebunyi macam sorang budak menangis. alah abang ni, buat muka tak faham pulak. macam adek selalu nangis tu la. ish abang ni.

tetiba, datang sorang pemuda. dia cakap dia nak beli burung tu dengan adek. adek dah la tak kenal dia. sebenarnya adek takot jadi macam kisah kita dalam episode satu tu.. huhu.

tapi, tanpa fikir panjang, adek jual je burung tu kat dia. then, dia bagi 50 hinggit kat adek. adek heppi la sebab ada sorang pemuda yang lebih baik dari abang.

eh, eh. adek gurau je bang. hihihi. itu la kisahnya bang. puas hati?

tapi kan bang, dia lepas balik burung tadi. masa tu dia dah ada jauh dengan adek, adek tengok je la. kenapa ea bang?

gambar google
Sebenarnya, kisah seorang pemuda membeli seekor burung dengan seorang kanak-kanak dan melepaskan balik burung tu adalah kisah Umar Al-Khatab [Amirul Mukminin]. Cerita penuh Umar dengan seekor burung.


semua episode available HERE








Sunday, May 1, 2011




Blog baru -----> trigyy [dot] com


Lepaskan geram di tandas sebab internet SLOW








Lepas den post entry pagi tadi, iaitu holland tak guna motorsikal. Internet den ni tetibe je SLOW. Lagi slow dari siput babi korang taw! Kalau siput babi datang tengok kelajuan internet ni, mesti siput babi pom gelak, sebab tengok ada lagi slow daripada dia.

Mata den dah berbulu je tengok internet ni, fikiran den dah berubah ke arah lain. Tension punyer pasal, den rasa den nak lepas geram dalam tandas la. Den memang suka tandas-tandas ni. Dah dua kes den dengan tandas kan. Satu den terkantoi buat dalam tandas, dua, den tersungkur dalam tandas. Kali ni, den nak main dalam tandas pulak.

Oh, niat tu tak boleh diteruskan macam tu je. Stamina kena tinggi ooo. Apa lagi, den capai kasut sport den tu, den pergi jogging kat luar. Ini bagi melancarkan perjalanan darah. Kalau nak beraksi dalam tandas, darah kena lancar. Sampai je kat bilik, den buat sedikit senaman tangan. Oh, tangan kena kuat jugak den kasi tahu korang. Kalau tangan lemah, tak abis pulak nanti.

Ok. Darah dah ok, tangan pom dah ok. Den apa lagi, kumpulkan sabun-sabun yang ada untuk buat bekal dalam aksi sebentar sahaja lagi. Den dah tak leh tahan lagi, den mulakan la projek den dalam tandas tu. Nah ambik ko. Bunyi jangan cakap la, agak kuat sound effect yang keluar. Wah, penat ooo..

Lastly, terlepas jua geram den ni. Habis semua baju-baju, stoking, kasut dan seluar den basuh. Penat-penat. Yela, basuh dengan tangan, memang la penat. Eh, tadi korang fikir den buat apa? Haaaa.... Sekarang baju-baju, stoking, kasut dan seluar sedang dijemur.. hihihi..








Tuesday, April 26, 2011




Blog baru -----> trigyy [dot] com


Tersungkur dalam tandas








Sebelum ni dah terkantoi dalam tandas, baru-baru ni, tersungkur dalam tandas pulak. Memang lemah betul aku ni.. huhuhu.. Cerita ni berlaku masa perjalanan aku ke Venice, Italy and kali ni berlaku dalam tandas Bas Euroline. 

Bas Euroline ni agak murah berbanding train and sbgainya tapi ambil masa lama sikit la nak sampai, lebih kurang 13 jam. Mampoos! Dalam bas tu, aku duk sebelah awex Italy, tapi awek je pom bukan ada pape pom.. hahha.. Lupakan dia. Tak besh cerita pasal dia.. hahha

Ok. Bas ni ada stop kat Milano aka Milan sebab nak turunkan orang kat situ, then aku turun la jugak sebab nak makan angin kat luar and makan roti. Naik je atas bas, aku terus main PSP. Bas pom gerak la bagi meneruskan perjalanan ke Venice tu. Tapi, tetiba aku pulak jadi mabuk + loya + pening. macam-macam la.



Aku pergi la muntah dalam tandas tu. berapa kali ek?, lupa dah. Hampir 10 kali kot. Sampai perut dah kosong, still nak muntah lagi, muntah angin la aku masa tu.

Nak jadikan cerita berkaitan ngn tajuk diatas tu, ada satu kali ni aku nak pergi muntah dalam tandas tu, jalan punye la mabuk macam kungfu mabuk, masuk tandas pom mabuk-mabuk la kan.

Sebaik je masuk tandas tu, tetiba bas tu pergi BREKKK! tersungkur aku dalam tandas tu. Melekat muka ni kat dinding tandas tu. Dinding takpa lagi, kalau muka aku masuk dalam lubang jamban tu. tak ke naya namanya tu.. huhuhu...

huhuhuhu... ada lagi cerita pasai bas Euroline ni. Hampir buat aku jadi pelarian. Tapi masa tu, dari Florence, Italy ke Vienna, Austria.. Lain kali aku citer-citer k. Bye-Bye..








Friday, April 8, 2011




Blog baru -----> trigyy [dot] com


Aku terkantoi buat dalam tandas.








Malu nak citer, tapi citer jugak sebagai nasihat kat korang, jangan la buat dalam tandas macam aku ni.. huhu.. Tandas yang aku masuk tu, ada 3 slot tandas jer, laki and perempuan boleh campur. Bese la kan, negara orang, nak kisah apa.

So, apa lagi, dengan keadaan sunyi macam takda orang dalam tandas tu, aku buat la dengan tenang. Muka puas jer.. hahha.. Tiba-tiba aku dengar ada orang masuk tandas. Muka aku masa tu mula cuak. Aku terus pegang pemegang pintu tandas sebab tandas kat sini takda kunci.


Gambar ni diambil selepas kejadian sebagai barang bukti. Sambung citer. Then, aku dengar ada bunyi tapak  orang berjalan dalam tandas tu, tap...tap..tap.. Makin kuat bunyi tapak kaki tu, makin kuat aku pegang pemegang pintu tu. Muka dah mula berpeluh ni. huhuhu..

Tiba-tiba senyap. Tapak kaki dah tak dengar lagi. Dengan menghembus nafas lega, aku lepas pemegang pintu tu dengan harapan, orang tadi dah masuk tandas lain. Aku terus senyum sebab keadaan mencuakkan tu.

Tiba-tiba... haaaaaaa. Orang tu bukak pintu tandas aku. Ai, mak ko! Kantoi aku buang buat air kecil masa tu. Mujur orang tu lelaki dan dah tua.. hhahaha.. Dengan perasaan malu, aku sambung senyum lagi. hiihiihi...





Sunday, March 20, 2011




Blog baru -----> trigyy [dot] com


Ayah samseng jujur juga (eps.6)






Gambar ini dari google. Tapi ape aku nak cerita bila ayah samseng yang sakit eps.3. Tapi cerita ni sbelum dia sakit dan sebelum anak dia mati eps.4. Ustaz yang sama dalam eps.5 cerita kat aku lagi. Ayah samseng tu sangat jujur selepas kita tengok ibunye pom sangat jujur dalam eps.5 kan.

Kalau korang nak taw, pakcik ni amek kerja kat masjid dan kerja dia adalah agihkan makanan untuk sape yang layak. Tapi nak dijadikan cerita, family salah sorang samseng-samseng eps.1 dapat jugak hak itu. So, pak cik ni sangat teliti dalam agihkan mkanan2x tu. Walaupom dia suka or tak suka kat seseorang tu, dia mesti agih dengan sama banyak dan adil.


Tiba-tiba, satu hari samseng-samseng ni datang kat pakcik ni. Oh. Diorang nak bagi wang sikit kat pakcik,  then mintak pakcik ni agihkan lebih sikit kat fmily samseng tu stiap kali bila pakcik ni nak bhagikan makanan. Tapi pakcik ni tak biarkan diorang macam tu jer. Pak cik ni sound direct jer:

"Sesungguhnya pakcik ni sangat sayang kat orang-orang baik dan sangat membenci korang yang sangat jahat. Tapi kalau korang nak taw, sebaik mana dia or sejahat mana dia pom, Pakcik tak memilih dalam agihkan mkanan ni. Pak cik bhagi sama rata jugak. Faham??."

Oh. Samseng tu malu the bla mcm tu jer.. hahahaha..



p/s: "Kisah ini adalah kisah Abdullah b Rawahah yang sangat adil dalam agihkan mkanan untuk Kaum muslim dan juga yahudi. Tapi dengan semangat yang dia ada, dia dapat elak dari yahudi yang nak bagi wang sogok kat dia. Ayat beliau seperti kata-kata diatas tapi just ubah ikot situasi pada masa tu "





Thursday, March 17, 2011




Blog baru -----> trigyy [dot] com


Ibu Samseng Sangat Jujur (eps.5)






imam ahmad bin hambal, kisah imam ahmad bin hambal, Kisah, hari ibu, hari ibu,  hari ibu 2011

Harap korang still ingat ibu samseng yang sakit dalam eps.3 yang menceritakan salah sorang samseng dalam eps.2 meninggal dunia. Selang beberapa bulan lepas kematian anak dia tu, makcik ni sihat semula, suami dia pom makin sihat. So, makcik ni amik upah buat kerja-kerja menjahit sikit smentara suami dia sihat sepenuhnya. 

Lepas solat isyak kat masjid rabu lepas, aku saje pergi sembang-sembang dengan ustaz kat masjid tu. Aku terlepas tajuk pasai samseng yang mati dalam eps.4 tu. So, ustaz tu nak cerita kat aku psal mak arwah tu. Ustaz tu cakap mak arwah pernah jumpe ustaz dulu, dan dia tanya soalan yang SANGAT mengejutkan ustaz. Tak pernah sorang pom tanya soalan macam tu.


imam ahmad bin hambal, kisah imam ahmad bin hambal, Kisah, hari ibu, hari ibu,  hari ibu 2011

Makcik tu berkata dan bertanya pada ustaz:

" Ustaz, saya ni miskin, kat rumah tak ada lampu. So, saya kena jahit siang hari sahaja. Tapi pada satu malam dalam bulan ramadhan, ramai orang berpusu ke masjid bawak lampu minyak. Rumah saya tetiba jadi terang. So, saya ambil peluang itu untuk menyiapkan beberapa kain upahan.Tapi adakah wang hasil jualan kain yang saya jahit dalam cahaya lampu milik orang yang lalu-lalang itu halal untuk saya gunakan?"

MasyaAllah, sungguh terperinci persoalan dan kesedaran makcik, ramai orang luar sana suka ambil kesempatan lain tapi makcik ini serba-salah kerana terambil kesempatan itu.


"Tapi ustaz jawab apa?"
Ce sambung, ce sambung"


"Rezeki yang makcik dapat daripada cahaya lampu itu tidak halal jika tidak mendapat keizinan daripada orang lalu-lalang itu"

Ustaz berkata lagi:
"Cerita yang ustaz ceritakan ini tak ada kena-mengena dengan hidup ataupom mati"

Ayah samseng pom baek jugak sebenarnya? Nak taw kenapa? Tunggu eps.6

p/s: Cerita ini adalah kisah seorang ibu yang datang berjumpa Imam Ahmad bin Hambal untuk meminta Fatwa berkenaan rezeki yang dia dapat (memintal kapas) dari cahaya lampu kafilah yang lalu depan rumahnya"






Saturday, March 12, 2011




Blog baru -----> trigyy [dot] com


Bunuh kawan dengan rokok (eps.4)







Korang ingat tak kisah tragedies yang berlaku kat samseng pada episode yang lepas? (eps.3). Baru-baru ini, aku dapat tahu yang samseng tu mati semasa berada di asrama kolej. Dia dikatakan mati disebabkan rokok rakan biliknya.

"Eh, bia betul?"
"ce citer, ce citer"

Ceritanya macam ni. Lepas dia keluar dari geng samsengnya itu (eps.2). Dia mohon belajar di sebuah kolej. Dia bernasib baek dan dapat melanjutkan pelajaran di kolej itu. dia akan pulang ke-rumah 3 kali sehari untuk melawat ibu-bapanya yang sakit itu (eps.3). Malangnya, roommate dia tu seorang penghisap rokok yang tegar. Boleh dikatakan setiap hari dan setiap masa dia hisap rokok.

Kisah, rokok, asap rokok, kisah rokok, gambar rokok, roko berbahaya

Mula-mula, arwah tegur kawan dia ni supaya jangan hisap rokok dalam bilik sebab dia rasa macam tak enak. So, kawan dia ni makan lagi dengan kata-kata arwah. Then, dia pergi hisap rokok kat luar. Tapi tak sampai seminggu hisap kat luar bilik. Hari seterusnya, dia hisap rokok dalam bilik sebab tak sempat nak reply chat di Facebook

Tiba-tiba. Pada suatu malam selepas arwah menunaikan solat, arwah terjatuh dan nafasnya tersekat-sekat macam orang sesak nafas. Arwah sempat bagitahu roommatenya supaya ambil inhalernya dalam laci meja. Malangnya, roommate dia tak jumpa inhaler tapi terjumpe sekeping surat dari doktor yang menyatakan arwah ini mempunyai:

Kisah, rokok, asap rokok, kisah rokok, gambar rokok, roko berbahaya

Kawan dia sangat terkejut melihat surat ini dan dia terus ke arwah untuk melihat keaadaanya. Tapi nasib tidak menyebelahi mereka kerana arwah telah meninggal pada masa itu juga. Sejak dari itu, kawan arwah telah mula insaf dan tak akan merokok lagi. 

Kawan arwah merasakan dirinya adalah pembunuh kerana disebabkan asap rokoknya, kawannya telah mati. Kawan arwah sentiasa menangis bila dia melihat rakan-rakan lain still hisap rokok kerana dia akan sentiasa ingat pada roommatenya itu.

asap rokok, gambar rokok, Kisah, kisah rokok, roko berbahaya, rokok

Kawan arwah selalu berkata:

"cerita ini tak ada kena-mngena dengan yang hidup ataupom sudah mati. Hanya bertujuan memberi sedikit nasihat dan teladan"






Thursday, March 10, 2011




Blog baru -----> trigyy [dot] com


Samseng mati dalam keindahan (eps.3)






ibu, hari ibu, kisah nabi sulaiman, jin ifrat, kisah teladan nabi sulaiman, anak soleh, cerita anak soleh

Korang masih ingat tak samseng yang dihalau dalam episode.2. Samseng-samseng ni juga la yang nak paw adek aku masa nak pergi sekola ari tu dalam episode.1.

Setahun kemudian, samseng yang kena halau tu sudah meninggal. Aku taw berita ni pom sebab rumah dia selang tiga rumah jer dengan rumah aku. Mak aku cerita kat aku ape yang penggali kubur cerita kat dia pasal samseng tu, kubur tu adalah kubur yang sangat mudah untuk digali dan langsung tiada masalah. Masa penggali kubur gali kubur dia, cuaca tak panas tak hujan, dia tak penat.

Wah, pelik ni, samseng yang jahat tu dapat anugerah seperti itu.

"macam mana tu bro?"
"ce citer, ce citer"


Kisah,ibu, hari ibu, kisah nabi sulaiman, jin ifrat, kisah teladan nabi sulaiman, anak soleh, cerita anak soleh

Sebenarnya, samseng itu ada seorang ibu yang sangat sakit tenat. Ibunya memang susah nak gerak, susah nak makan, susah nak buang air, susah semuanya lah. Tapi samseng ni lah ( bukan gambar diatas, itu gambar dari google) yang jaga ibunya yang sakit itu. Ayah dia sakit macam ibu dia.

Samseng ni keluar dari geng jahat itu sebab dia runsing dengan ibunya, dia rasa bersalah sangat-sangat. Akhirnya, dia insaf dan kembali ke pangkal lengan jalan. Dia telah bertaubat dan menjaga ibunya sepenuh hati, jiwa dan raganya. Semua untuk ibu-bapanya seorang.

Malangnya, dia meninggal dunia terlebih dahulu disebabkan barah peparu. Mungkin disebabkan terlalu kuat merokok semasa berada dalam geng jahat itu. 

Tapi, sebelum kematiannya, ibunya selalu menangis kerana ketulusan anaknya menjaganya dan ibunya sentiasa berdoa untuknya:

Kisah,ibu, hari ibu, kisah nabi sulaiman, jin ifrat, kisah teladan nabi sulaiman, anak soleh, cerita anak soleh

"Ya Allah, Engkau permudahkanlah segala urusan anak aku ini semasa dia masih hidup dan selepas kembali kepada-Mu"

Kerana itulah, kematiaanya sangat indah kerana kamatiannya telah dibantu oleh Allah dan semua itu adalah berkat doa seorang ibu kepada seorang anak yang sangat taat kepada ibu-bapa.

Lastly, mak aku cerita lagi dan berkata:

" Cerita mak tadi tu, tak ada kena mngena dengan yang hidup atau yang mati. semua untuk kesedaran manusia yang semakin alpha"


Tapi macam mana kisah dia mati? Nantikan episode. 4



p/s: zaman Nabi: Jin Ifrit dan Asif telah menjumpai sebuah kubah di dasar laut setelah disuruh oleh Nabi Sulaiman supaya ke dasar laut itu. Dalam Kubah itu ada seorang pemuda. pemuda itu seorang yang soleh. Anak soleh itu menjawab persoalan Nabi bagaimana dia boleh berada disitu: Dahulu pemuda itu ada ibu-bapa yang sakit, pemuda itulah yang menjaga ibu-bapanya dan ibu-bapanya sentiasa berdoa kepada Tuhan agar anaknya itu dimurahkan rezeki dan ditempatkan bukan di langit dan bukan dibumi agar jaoh dari syaitan"





Tuesday, March 8, 2011




Blog baru -----> trigyy [dot] com


Aku terkantoi skodeng samseng (eps.2)






ilmiah, imam nawawi, islam, Kisah, kisah imam nawawi, kisah teladan Imam Nawawi, teladan, 3 idiot, kucing senyum , kucing marah, kucing takut

Korang still ingat samseng yang mahu paw adek gua ari tu dalam episode.1?. Aku tak taw la macam mana adek aku boleh selamat. Memang Tuhan Maha Kuasa. So, Gua mana tahan dowh adek gua kena macam tu, gua pergi la cari samseng-samseng tu. Then gua jumpe tempat diorang bersembunyi. Gua jalan slow-slow macam moon walk untuk menhampiri tempat mereka. Then, gua pejam sebelah mata, dan skodeng mereka di sebuah lubang pada dinding kayu yang agak buruk. Tiba-tiba gua terdengar: 

"Hoi"

Gua terkecut perut, kempis, slim dan sebagainya sebab suara itu dekat sangat dengan gua sedang gua mengintip diorang berbincang.

"So, hang oke tak?"
"ce citer, ce citer"






Sunday, March 6, 2011




Blog baru -----> trigyy [dot] com


Emak letak RM50 dalam seluar dalam adek gua (eps.1)







Bunyi macam pelik tapi dengar la rintihan gua pasal cerita ni. Semestinya gambar diatas bukan family gua. Picture tu dari google image. Pada suatu hari, minggu or bulan, terpulang pada keinginan korang. Adek aku bersiap-siap untuk ke sekolah pada hari pertama sekolah bersama baju baru, beg baru, kasut baru dan seluar dalam baru. Eh, adek gua itu lelaki dan darjah 5 sekolah rendah.

Tiba-tiba, mak gua letak RM50 dalam seluar dalam adek gua untuk dibuat bayaran yuran sekolah untuk tahun baru. Mak gua tak dapat hantar adek gua ke sekolah dan adek gua pergi sekolah sorang-sorang. Eh, nape gua yang tak hantar adek gua? Lupakan.

Adek balik sekolah dengan muka happy macam baru menang loteri dan dia berkata:

"assalamualaikum...mak..makk"
"abang samseng paw adek tadi"

Aku menjadi pelik bin ajaib:

"Muka ngko happy je kena paw? Biar betol ngko ni?"
"ce citer, ce citer"








Saturday, March 5, 2011




Blog baru -----> trigyy [dot] com


Jambatan Sogo to KTM Bank Negara bahaya !!!







Pada suatu hari, satu minggu or bulan pom boleh. Gua jalan-jalan dengan adek gua di jambatan parit dari Sogo to KTM Bank Negara. Maklum lah kan, YES di sogo, siapa tak taw. Gua pusing punya pusing dalam sogo tu, tak beli pape jugak..hahaha. Adek gua dah merajuk dengan gua sebab tak belikan or lain kata belanja kat dia. Sudah ! Masak gua macam ni. Eh, adek gua tu umur 20 tahun dan wanita.

So, kami jalan balik menuju ke arah KTM Bank Negara melalui jambatan sunyi itu. Disebabkan adek gua dah merajuk, so dia jalan kat belakang gua sorang-sorang. Merajuk la katakan. Tiba-tiba, sambil gua meneruskan perjalanan guna dua belah kaki ke KTM, gua dah tak dengar bunyi tapak kaki adek gua yang tadinya ada dibelakang gua. 

"So, ape cer ngn adek u?"
"ce citer, ce citer"






Wednesday, February 23, 2011




Blog baru -----> trigyy [dot] com


Sebab Kenapa perlu pilih cikgu sebagai isteri..








1. Hidup Berjadual.
 Bukan kata wanita yang mempunyai pekerjaan lain tidak mempunyai jadual, tapi kalau cikgu, jadualnya setiap hari sudah tetap dan ditetapkan. Sampai penempatan dia di sekolah pun sudah berjadual. Kalau kau tengok cikgu Kimia, hidup dia bukan sahaja berjadual, malah berkala. Macam Jadual Berkala Unsur (baca : Periodic Table) tu. Jadi kalau suami dia itu jurutera, memang senang nak kejut orang bangun pagi.





Thursday, February 10, 2011




Blog baru -----> trigyy [dot] com


Cara Diet group SNSD





SNSD
Jurulatih peribadi kumpulan terkenal Korea itu, Kim Ji Hoon mendedahkan rahsia sebalik tubuh kurus yang mereka miliki.






Related Posts with Thumbnails