Tuesday, February 22, 2011




Blog baru -----> trigyy [dot] com


Dadah dalam perut wanita berbogel ???






Macam-macam cara sekarang nak seludup dadah. Letak dalam perut biasa la juga dengar. Sampai berbogel ni, pelik juga mendengarnya. Berita penuh macam nie...
Tanda tanya mengenai penemuan seorang wanita warga Guinea dalam keadaan berbogel di depan sebuah restoran di Cheras dekat sini pada 7 Februari lalu terjawab apabila dia rupa-rupanya seorang penyeludup dadah.
Difahamkan, dia berbogel selepas mengalami gangguan mental apabila salah satu daripada 65 kapsul syabu yang ditelan pecah dalam perut.
Wanita berusia 22 tahun tersebut ditemui dalam keadaan sedemikian pada pukul 1.10 petang oleh orang ramai yang memaklumkan kejadian itu kepada polis.
Ketika ditahan, pihak polis hanya mengesyaki suspek mengalami masalah mental.
Selepas diperiksa di Hospital Kuala Lumpur, doktor mendapati ada imej mencurigakan di dalam perut wanita tersebut.
“Selepas ia dikeluarkan, kita mendapati sebanyak 65 kapsul syabu seberat 927 gram bernilai RM180,000 berada di dalam perutnya. Salah satu daripada kapsul itu didapati telah pecah.





Comments
0 Comments

0 kritikan:

Related Posts with Thumbnails

:: Latest Post ::