Wednesday, February 9, 2011




Blog baru -----> trigyy [dot] com


MakCik 70-an vs 6 perompak





SEBUAH skuter dinaiki tiga perompak terjatuh dekat sebuah kedai barang kemas
NORTHAMPTON, Britain - Seorang wanita berusia dalam lingkungan 70-an berjaya menggagalkan percubaan sekumpulan enam lelaki untuk merompak sebuah kedai barang kemas dengan hanya menggunakan tas tangannya
  • Wanita itu yang namanya tidak didedahkan berlari ke arah kedai emas tersebut semasa beberapa pejalan kaki tidak menghiraukan dua perompak sedang memecahkan cermin kedai.
  • Tiga perompak lagi yang menunggang dua buah skuter dan sebuah motosikal menunggu di luar kedai berkenaan semasa rakan mereka memecahkan cermin kedai berkenaan.
  • Namun, wanita tua itu dengan penuh keberanian memukul semua perompak itu dengan tas tangannya menyebabkan mereka gagal mencuri lebih banyak barang kemas.
  • Wanita tua itu hanya bertindak berseorangan tanpa dibantu oleh beberapa orang yang berjalan dekat dengan kedai emas tersebut.
  • Keenam-enam perompak tersebut yang amat terkejut dengan tindakan nekad wanita berkenaan bertindak menghentikan rompakan dan cuba melarikan diri dengan segera.
  • Apa yang lebih melucukan lagi ialah sebuah skuter perompak itu terjatuh semasa wanita tersebut memukul mereka dengan tas tangan berulang kali.
  • Tiga perompak yang menunggang sebuah skuter yang terjatuh bergegas melarikan diri. Namun terdapat beberapa orang awam kemudian yang prihatin dengan kejadian tersebut bertindak menangkap salah seorang daripada perompak terbabit.
  • Selepas serangan itu, wanita tersebut dibawa ke sebuah kafe berhampiran untuk minum secawan kopi sebelum beberapa anggota polis mencatatkan maklumat daripadanya berhubung kejadian tersebut.





Comments
2 Comments

2 kritikan:

Hozookery said...

Steady lah nenek! haha..

Do follow my blog..

http://hozoo.blogspot.com/

TrigYy said...

hahaha.. makcik hebat n berani..
ke dah nyanyuk? hehe

Related Posts with Thumbnails