Assalamualaikum~ aku tak tahu la cerita ni dah lapuk dikunyah oleh zaman atau tidak, tapi aku baru dapat tahu sebab baru lepas tengok video maharaja lawak minggu 9. perasan tak, sharifah a.k.a pasangan nabil ada cakap, siti join askar wataniah.
eh, kalau nak tahu berita penuh. sila baca ni. sari berita utama. tek tek tek.
statement siti
“Saya memang berminat menyertai Rejimen Askar Wataniah (RAW) kerana suka aktiviti lasak. Ini juga satu tanggungjawab saya kepada negara.
Saya juga memang sudah bersedia dan tiada masalah mengikuti latihan kelak,”.
Siti mendapat dorongan suami tersayang, Datuk Seri Khalid Muhd Jiwa yang memahami minatnya, dia turut berharap lebih ramai golongan belia dan wanita menjadi sukarelawan.
“Belia dan wanita di negara ini perlu menyertai RAW untuk berlatih mempertahankan diri. Malah, ia juga satu aktiviti yang sihat,”
“Saya pernah bercita-cita menjadi anggota polis suatu ketika dulu. Jadi, dapat RAW pun sudah kira bagus kerana latihannya agak lasak dan sama seperti polis,” - Harian Metro -