 |
Debrahlee Lorenzana |
Seorang ibu tunggal berusia 33 tahun, Debrahlee Lorenzana memfailkan saman terhadap bank Citigroup kerana dia dipecatnya atas alasan penampilannya yang terlalu menawan dan seksi [New York]. Lorenzana dipecat dari cawangan sebuah bank tersebut di New York selepas diberitahu bahawa pakaian dan bentuk tubuhnya 'terlalu mengganggu' pekerja pejabat yang didominasi oleh kakitangan lelaki.
- Dia yang berasal dari Puerto Rico itu pernah diberikan senarai pakaian yang tidak boleh dipakai, termasuk skirt, sut ketat dan kemeja polo.
- Satu kenyataan daripada pihak Citigroup menyatakan saman mahkamah itu tidak mempunyai asas dan pihaknya akan mempertahankan diri.