Kementerian Pelajaran menggubal syarat baru kelayakan minimum kemasukan tingkatan satu (1) ke sekolah berasrama penuh, SBP.
Ia mencakupi keputusan Ujian Peperiksaan Sekolah Rendah, UPSR, 3A 2B bagi murid daripada keluarga miskin, dan 4A 1B bagi murid luar bandar, mulai tahun depan, 2012.
Tertera syarat baru kemasukan murid tingkatan 1 ke sekolah berasrama penuh, mulai tahun depan, 2012.
Menurut Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang juga Menteri Pelajaran, syarat baru itu bertujuan membantu dua kategori murid itu mendapat pembelajaran yang lebih sempurna dan memberi peluang kepada mereka untuk ke SBP.
Kata beliau, Kementerian sedar murid daripada keluarga miskin dan murid dari sekolah luar bandar ramai yang ketinggalan dan kurang mampu untuk mendapatkan bantuan seperti kelas tambahan berbayar, selain ada yang tidak dapat menumpukan kepada masa pembelajaran yang sempurna kerana hidup keluarga yang susah.
Jelasnya, Kementerian sentiasa memikirkan dan mengambil langkah untuk membantu pelajar yang tidak berkemampuan..
Antara kriteria pemilihan murid ke SBP sebelum ini ialah keputusan 5A dalam UPSR dan aktif dalam kegiatan ko-kurikulum.
sumber: TV3
sumber: TV3